Skinpress Demo Rss

Friday, April 30, 2010

kembali terasing

Setiap tamadun dan sejarah perkembangan peradaban manusia berlaku pertembungan hidup berTuhan dan bencana kesesatan. Amalan masyarakat dianggap itulah agama; walhal agama merupakan kepimpinan berteras kepada keTuhanan Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Perkasa; Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Pertembungan besar terakhir sebelum ini adalah di antara Muhammad SAW dengan dunia berhala yang menolak keEsaan Tuhan. Sebelum itu, telah diutus beberapa Rasul untuk menyedarkan manusia dan slepas itu manusia telah kembali semula kepada kesesatan sehinggalah diutus Muhammad SAW Rasul terakhir; dan telah disempurnakan agama Tuhan yang Maha Esa.

“Islam asalnya terasing dan akan kembali terasing seperti semula; beruntunglah mereka yang terasing”
(hadis)

Agama – menuju kehidupan hidup berTuhan mendapatkan Tuhan untuk hidup bersama Tuhan.

hanya ada 2 jalan
- pilihan berTuhan -sekiranya Tuhan bukan pilihan kedua adalah;
- pilihan mengikut iblis dan syaitan

Penelitian:
1. Islam asalnya terasing dan akan kembali terasing seperti semula; beruntunglah mereka yang terasing...
2. Berapa kali disebut di dalam alQuran ‘kepercayaan nenek moyang’ ‘agama keturunan’?
3. Di dalam pembangunan peradaban manusia terdapatnya kultus keagamaan
4. apakah perbezaan hidup berTuhan dan hidup beragama?

Seawal agama mengenal Tuhan; dan kesudahannya penyaksian.

Kehidupan masyarakat Islam moden:
1. ada hidup beragama tapi tak berTuhan
2. ada hidup ber‘Tuhan’ tapi tak beragama (tuhan yang berbagai termasuk Allah)
3. ada yang KONON hidup beragama walhal untuk kepentingan diri (berTuhan diri)
4. ada yang KONON berTuhan dalam kehidupan beragama
5. hidup berTuhan – kenal Tuhan dan bersama Tuhan
Kehidupan yang mana aku dah pilih?

boleh juga dikategorikan dalam bentuk beragama dan kehidupan berdasar kepada:
1. keinginan kepada keduniaan dan kesesatan
2. keinginan kepada pahala - dosa
3. keinginan kepada syurga – neraka
4. keinginan untuk beragama
5. untukMu Tuhan; demiMu Tuhan
di dalam kategori mana aku keinginan jiwa diri aku?

juga dalam peningkatan kehidupan:
1. keSESATan
2. berAGAMA
3. berIMAN
4. berTAQWA - senantiasa tunduk dan sujud kepada Allah SWT
5. bersama TUHAN (biLLAH)
ditahap mana jiwa aku?

apabila pintu mengenal ditutup, apabila pintu taubat tertutup; masihkah ada jalan kembali?
apabila beterbangan gunung, langit bergulung, bintang bertembung; tergugur kandung ibu mengandung; mampukah pula aku hadapi hidup yang terus bersambung nan tiada penghujung...

di dalam diri ini tersimpan rasa hati, jika ku ceritakan ramai nanti yang kesedihan, aku insan yang di tinggalkan kini hidup keseorangan kerana dunia ia berlepas pergi tanpa berfikir akibatnya nanti.... apa yang kuharapkan dari Tuhan yang Maha Esa semoga dosa-dosa diampunkan kerana tiada lagi jalan untuk kembali....

0 comments:

Post a Comment