Dengan nama Allah yang Maka Pemurah Maha Pengasih Maha Penyayang...
Allah Maha Sempurna dan telah menjadikan agama Islam sebagai agama yang sempurna untuk manusia makhlukNya yang sempurna; kesempurnaan Allah meliputi segala kesempurnaan; kebenaran Allah meliputi segala kebenaran. Penafian kesempurnaan dan kebenaran Allah menafikan keTuhanan Allah, Zat yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Apakah yang lebih penting dalam kehidupan ini selain Tuhan?
Apakah yang lebih penting di dalam kehidupan ini selain Tuhan? dan aku sendiri hidup di dalam ketetapan Tuhan... Pabila telah aku melafazkan ‘Laailaaha illa Allah’ apakah benar Allah adalah Tuhan aku? Hanya diri yang mengetahui kebenarannya; hanya diri juga yang mengetahui kepalsuannya sama ada ianya benar dari jiwa atau hati; atau di akal atau imiginasi; atau hanya sekadar di bibir. “Apakah benar Allah Tuhan aku?” “apakah benar aku hamba Allah?” “apakah pada aku ada Tuhan lain selain Allah?” (Rujuk alBaqarah 1-20)
Apakah Kebenaran Fatihah yang dibaca berulang-ulang setiap hari?
Apakah Kebenaran ayat Kursi? Pendinding diri?
Apakah Kebenaran ayat 1000 dinar? Keuntungan dunia?
alZumar 45:
“Apabila Allah sahaja yang disebut-sebut maka kesal menyesallah hati-hati mereka; akan tetapi apabila selain daripada Allah yang disebut-sebut maka riang riang gembiralah hati-hati mereka”
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.Rasulullah saw bersabda:
“....... Barang siapa yang menyembah sesuatu, maka ia mengikuti sembahannya itu. Orang yang menyembah matahari mengikuti matahari, orang yang menyembah bulan mengikuti bulan, orang yang menyembah berhala mengikuti berhala.....” – sahih Muslim 149
Apakah pengertian berhala?
Kufurnya atheis tiada berTuhan; kufurnya kafir menyembah berhala; kufurnya yang MENGAKU muslim kerana menyekutukan Allah. MENYEKUTUKAN Allah bukanlah hanya bermakna menyembah selain Allah, tetapi terdapat tuhan lain selain Allah pada diri.... Allah telah memberitahu akan hal ini dan hal ini benar berlaku, sila-silalah rujuk kebenaran ini pada alQuran; mungkin aku seorang penipu, pembohong; tetapi Allah Maha Benar Maha Bijaksana Maha Berkuasa Maha Agong...
Manusia mencipta tuhan dalam diri; ada yang mencipta tanpa disedari dan ada yang memang hendak bertuhankan tuhan ciptaannya itu. Manusia mengecewakan Tuhan dan mencabar kekuasaanNya... kemudian bergabung dengan syaitan memusuhi Tuhan...
Berhala, pengabdian dan sembahan muslim moden di samping perakuan Tiada Tuhan melainkan Allah:
1. ALLAH vs DUIT
2. ALLAH vs Pemerintah dan Pemerintahan
3. ALLAH vs Ulama’ dan Hukama’
4. ALLAH vs undang-undang dan hukum
5. ALLAH vs Keluarga
6. ALLAH vs Majikan
7. ALLAH vs Alam dan Nasib
8. ALLAH vs AKAL dan Ilmu Pengetahuan
9. ALLAH vs NAFSU
10. ALLAH vs Kesemua di atas
Berapakah Tuhan yang kita ada? Berapakah Tuhan yang kita sembah? Berapakah Tuhan yang kita abdikan diri? Manakah yang kita utamakan? Hanya diri yang kenal diri; hanya diri yang ada jawapan.
Bolehkah Tuhan ditukar ganti......? Bolehkah Tuhan kita lepaskan? tanyalah diri sendiri.
Menuju kehidupan Melayu berTuhan; biarlah Tuhan menentukan... kita hanya hamba.
Awal agama kenal Allah; akhir agama penyaksian.
Punca gagal umat akhir zaman tak faham Kalam Allah sebab tak kenal siapa Allah. Apakah ulama’ kini tertewas dengan diri sendiri? Mampukah ulama’ menentukan solat seseorang itu sah atau tidak? Mampukah ulama’ menentukan solat seseorang itu diterima Tuhan atau tidak? Dimanakah ulama’ sebenar? Yang aku jumpa di Tanah Melayu ulama Islam Shafii; Sedang Shafii telah pun berkata “... sekiranya kamu dapati terdapat kata-kataku yang menyalahi alQuran dan Sunnah, hendaklah kamu campakkan kata-kataku ke dinding”; ulama’ Islam Malaysia; ijazah mereka dalam Islamic Studies yg aku juga ada - manusia yang bagi.. dimanakah ulama’ Islam Allah Iman Allah yang Kau tauliahkan ya Allah... Tuhan tunjukkanlah aku...
Kalam Allah menghidupkan. “Islam sebagai Cara Hidup”, ianya lebih dari itu.
Berhala nyata dan pengabdian muslim moden:
DUIT
Tuhan ciptaan manusia yang asalnya untuk bermuamalah akhirnya menjadi RAJA di hati manusia. Rezeki Rahmat dan Nikmat Tuhan juga ditafsir dengan duit. Raja dan pemerintah pun tak dapat hendak menolak duit; dan rakyat pula ada yang sanggup menjual pemerintahan untuk duit. Manusia sudah berkerana dan berdemi duit.
Lebih dahsyat, Allah pun diketepikan demi duit. Perhatikanlah dalam urusniaga dan dalam pentadbiran, walau dalam pentadbiran hukum-hakam Tuhan kononnya. Duit menjadi tuhan... manusia menjadi abdi duit; apa sahaja boleh dilakukan asalkan hasilnya duit. Asalkan ada tuhan duit, yang berduit memiliki ‘mukjizat’ dan ‘keajaiban’; dan apa saja manusia mampu dan sanggup lakukan.... DUIT.
Tertutup mata hati, pengelihatan, pendengaran kepada kebenaran yang sebenar kerana merasakan DUIT adalah segalanya dan segalanya berpaksikan DUIT...
Rujuk-rujuklah, carilah hadis yang berkaitan akhir zaman yang berkaitan dengan duit dan harta. Ianya amat memeranjatkan; menakutkan...
“... tak de duit, tak boleh buat apa-apa”
“... tak de duit tak boleh hidup”
macamana pula kata kita agaknya bila hidup tidak berTuhan?
Hentikanlah kekufuran ini....
Laknat bersama Nikmat di ambang Kiamat... menjauhkan umat daripada Penyelamat, menjauhkan umat daripada Hidayat Rahmat dan Nikmat Pemerintah Akhirat.
Aku mohon berlindung dengan Allah Pemilik Akhirat, Pemilik Hidayat Rahmat dan Nikmat; Ya Allah bantulah aku yang ingin kembali kepadaMu; yang ingin bersamaMu....
0 comments:
Post a Comment