Skinpress Demo Rss

Friday, April 16, 2010

Blogger Melayu Merosakkan Industri Muzik Tanah Air

Blogger-Melayu-Merosakkan-Industri-Muzik-Tanah Air

Pos ini ditujukan kepada segelintir blogger Melayu yang terlibat dalam aktiviti ini dan BUKAN kepada semua blogger Melayu. Harap maklum.

Sepanjang berblogging ni, aku banyak terserempak dengan blogger-blogger Melayu yang menyebarkan mp3 lagu-lagu popular tanah air hasil titik peluh artis-artis tempatan. Terus terang aku cakap apa yang korang buat tu memang salah dan tak bermoral. Ya, aku tahu dan kau pun tahu yang kata kunci seperti download mp3 menatap matamu aril af7 dan download mp3 melayu baru percuma memang boleh buat blog kau laku dan dapat buffered earnings daripada Nuffnang dan mungkin juga akan ada orang klik Google Adsense kat blog kau tu kalau kau ada letak, tapi tak terfikir ke pasal artis dan penulis lagu tu pulak?

Mereka pun cari rezeki juga, jadi bila kau dah terlibat kasi orang lagu dan mp3 free, siapa nak beli album mereka? Kalau kau dah dapat permission from Aril AF7 atau daripada company dia supaya kau boleh distribute lagu-lagu tu secara free, xkisah. Kau distribute hasil kerja orang lain tanpa kebenaran, nak-nak lagi hasil kerja anak Melayu. Ni yang buat aku pandang rendah kat segelintir blogger ni. Aku tak kisah la kalau kau nak distribute free mp3 Taylor Swift ke, atau free mp3 Black Eyed Peas tu hal korang. Tapi jangan la buat kat kaum Melayu sendiri.

Nak cakap aku ni big fan artis-artis Melayu, tak juga. Lisa Surihani tu pun aku tak pernah kenal sebelum jumpa dia dulu. hehe.. tapi lepas dah jumpa Lisa Surihani tu, barulah berkenal-kenal sket. Masa tu dia baru je lepas graduation kat UK. Yang tu kita cerita kemudianlah or, senang cerita tak payah cerita la.

So itulah point aku kali nih. Nak cakap halal haram hasil pendapatan macam tu, aku tak tahu. Aku bukan mufti, tapi apa yang aku tau kita kena respect hasil kerja orang. Kalau suka tu beli la kan.. duit kan ada.

Harap takde yang berdendam atau apa. Ni cuma teguran terbuka.

0 comments:

Post a Comment