Skinpress Demo Rss

Friday, April 30, 2010

antara pilihan dan ujian

Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih Maha Penyayang...

manusia apa dah jadi? lebih penting akan nafsu sendiri, seolah Tuhan tidak berdiri sendiri, seolah Tuhan dalam syok sendiri... di dalam hati syaitan menari, di dalam jiwa iblis abadi; aku yang lupa diri, lupa pada pencipta yang memiliki segala diri, Yang Maha Esa telah tidak diambil peduli; walhal patut pada Dia diri mengabdi – kepada Dia manusia kembali

dalam menuju kematian, ke arah alam yang berkekalan; di kehidupan ini hanya ada 2 jalan... jalan Tuhan dan jalan syaitan; kita tidak pernah dipaksa Tuhan, malah Tuhan bekalkan pedoman alQuran; hidayat dan akal fikiran untuk membenarkan Kalam... hanya diri yang tahu jalan mana jadi pilihan? antara syurga neraka yang mana jadi taruhan? antara nikmat-laknat dan ujian... sirat yang halus menuju Tuhan

akhir zaman... syariat Tuhan bertembung syariat insan; pertembungan Tuhan dengan iblis dan syaitan; di antara syaitan ada manusia yang berhati syaitan... tanda di langit dan bumi telah diberikan; dapatkanlah orang berkenaan – untuk kembali kepada Tuhan; berbekal hidayat dari Tuhan, dalam kerahmatan dan kenikmatan – sempit keduniaan merupakan ujian... apakah benar hidup Tuhan?

dalam beragama bersahabat syaitan, jiwa memandang pada hukuman, hati tertutup pada keTuhanan; diri buta melihat Tuhan... masuk ke syurga bersyarat amalan? nabi memahamkan demikian? sedang sahaih/sahihain meriwayatkan... “amalan tidak menjamin seseorang ke syurga tetapi kasih sayang Allah, dan aku (nabi) ke syurga pun di atas RAHMAT ALLAH”!!! manusia dibelit dengan kepandaian – menambah tokok syariat Tuhan, menjadikan syariat insan; bersekedudukan dengan syaitan menentang syariat Tuhan... syurga neraka yang dimatlamatkan? bagaimana niat kerana Tuhan? penipunya insan... Tuhan nak diakalkan

“aku tidak sembah Tuhan yang aku tidak lihat” rujuk hadis rujuklah Sahabat, di dalam matan kaul bersanad; Tuhan dah beri berbagai alamat, kata bijak pandai juga dijadikan iq’tikad; penjatuhan hukum dan pemutus penamat... tidakkah sedih Tuhan melihat?

ghaib Tuhan pandanglah jiwa, terlihat jiwa pandanglah manusia, melihat jiwa diri terasa, kenal diri kenallah Dia, kenal Dia terhapuslah dunia – harta dunia apa dimakna; kepadaNya itulah jiwa... sabar pengasih penyayang jadi seloka... siapalah Tuhan agaknya yeee?

jika iman kerja mulut, ikut sedap apa nak sebut, biadab bahasa tanpa mencarut, bicara agama sedap melalut – Kebenaran Tuhan menjadi kalut... entah ke mana aku hanyut

jika iman kerja akal, hukum logik tak jumpa fasal, buah fikir semua dibedal – belit putar memang handal, hujah berhujah sangkal menyangkal; kulit dikupas isi ditinggal... tanpa hidayat aku bebal

benarlah iman kerja hati, masuk mendalam ke sanubari, tiada iman yang buta hati, ditutup Tuhan supaya tidak kembali; bukan kerana Tuhan membenci tetapi jiwa menolak bukti - menganggap akal berilmu sakti, ilmu Tuhan tiada bererti – sedarlah wahai diri, alQuran itu ilmu pasti dan imu fakta berilmu bukti, penyuluh hidup hingga ke mati, perjalanan berTuhan di jiwa di hati

dalam dunia menuju kiamat, bumi bergegar bersabung kilat, telinga mendengar mata melihat, sayang hati menolak iqtikad - hal pasti kiamat menuju akhirat, mencari nikmat di dalam laknat; iblis syaitan menunggu sahabat, yang bersahabat mencari muafakat untuk menambah golongan yang sesat... kebenaran Kalam tidak dilihat, apakah taubat boleh dilewat hingga matahari terbit di barat? ............. apa kata sekiranya peristiwa ini telah dilihat?

bila matahari terbit di barat, kekallah sesat di dalam sesat; tiada lagi petunjuk hidayat hanya Yg Maha Kuasa yang dapat memberikan syafaat dan rahmat... amat dahsyat peristiwa kiamat, hanya yang berkenaan akan melihat dan merasai nikmat azabnya perlaksanaan kiamat... seronoknya sesat tak usahlah bertaubat; bersahabat iblis dan syaitan memang hebat

“katakanlah aku berlindung dengan Tuhan manusia, Raja manusia, sembahan manusia...” telah menjadi ucapan biasa; tiada berTuhan hidup di jiwa kerana diri tertarik harta hidup mengabdi kepada dunia... sesatlah diri dalam binasa

apakah yang lebih penting di dalam kehidupan ini selain Tuhan; dan aku sendiri pun hidup dalam ketetapan Tuhan; dan kita hanya layak berdoa dan memohon keampunan agar Tuhan memberi segala keizinan... untuk kejayaan ini

di manakah fikiran dan hatimu? sanggup menolak Tuhan dalam hidupmu sedang hidup di atas sumberNya; tanyalah bulan dan matahari siapakah Tuhannya? Apakah engkau fikir Tuhan itu boleh ditukar ganti? hentikanlah keKUFURan ini... jika kau rasa azab neraka azab bagimu; selamatkanlah diri dengan berIMAN kepada Tuhan...

fitrah manusia inginkan kemuliaan, kecemaran diri dan hati menggagalkan hasrat usaha serta perubahan untuk melepaskan diri dari kecemaran... mungkin ada jalan tapi tak ketemuan kerana hati sendiri tidak kuat untuk berubah mencari kebenaran... di saat hampir kematian sempat aku
menoleh selendang putih isyarat kebenaran sebelum pulang dengan harapan ada perubahan....

...................................................................

sanggupkah kita berTuhan, dan menghadapi ujian Tuhan

al-Taubah - Katakanlah: Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta yang kamu dapati, perniagaan yang kamu takut akan mundur dan tempat kediaman yang kamu sukai, lebih tercinta kepada kamu daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad pada jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan ketentuan-Nya. Dan Allah itu tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasik. ( 24 )

alBaqarah - Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157)

SANGGUP? sama-sama perhati apa yang Allah beritahu tentang keimanan kita...dimana kita pada berita ini.....

alBaqarah - Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (6) (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (7)

Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9) Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (10)

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. (11) Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (12)

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (13) Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman). (14)

Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). (15) Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat. (16) Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). (17)

Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). (18) Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. (19) Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (20)

0 comments:

Post a Comment