
aru-baru ini saya ada bercerita sedikit tentang perniagaan internet dan pelan rancangan kedaikreatif.com kepada rakan-rakan saya yang bekerja dalam bidang kreatif. Saya percaya setiap orang daripada kita mempunyai nilai kreativiti dan keupayaan tersendiri dalam melahirkan idea kreatif. Cuma kadang-kadang kita lebih suka berfikir secara mendatar dari satu sudut sahaja.
Hakikat sebenar idea kreatif bukan bergantung kepada tanggapan kita samada kita adalah seorang yang kreatif ataupun tidak, tetapi ia bergantung kepada bagaimana cara kita berfikir. Kita cenderung untuk yakin bahawa kita bukan seorang yang kreatif apabila tidak boleh menghasilkan sesuatu yang unik. Sebenarnya hal ini hanyalah mitos semata-mata! Kreativiti perlu dilatih, bukan dilahirkan.
Renungkan:
- Sejauh mana kita merancang berbanding kita menghabiskan masa untuk berhibur, tidur, berbual kosong dan bermain-main?
- Berapa kali kita memikirkan idea baru dalam 1 bulan berbanding dengan memikirkan perkara-perkara yang sama setiap hari?
- Pernahkah kita terfikir untuk melakukan sesuatu bagi melatih minda supaya berfikir lebih kreatif?
Renungkan saja persoalan di atas, jawapan majoriti daripada kita tentunya:
- Merancang apa? Tengok TV, jalan-jalan, lepak dan tidur la best! Time kerja kita kerja, time rehat kita rehat la..
- Idea-idea baru? Idea apa?
- Latih minda jadi lebih kreatif? Apa tu?
Aduh…jawapan itu betul-betul membuatkan saya sedih! Kalau beginilah jawapan kita, kita sebenarnya bukan tidak kreatif, tapi PEMALAS!
Jika kita melakukan sesuatu yang dianggap kreatif tetapi hasilnya biasa-biasa saja atau mungkin sangat teruk, itu bukan bermakna kita tidak kreatif. Itu bermaksud kita masih perlu terus belajar dan banyakkan latihan. Saya pernah terangkan apakah maksud kreatif yang saya nyatakan ini. Anda boleh baca artikel berkaitan di sini.
Buatlah apa saja, di mana jua dan dengan sesiapa sahaja, jika anda buat dengan kreatif, hasilnya tentu jauh lebih baik berbanding biasa.
Fikirkan satu idea hebat dan lahirkannya. Jangan biarkan hari-hari berlalu dengan hanya menjalani kehidupan ruting yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada kemajuan diri. Kurangkan 1 atau 2 jam waktu sehari untuk menonton TV, bersembang atau tidur, gunakanlah masa ini untuk memikirkan satu idea kreatif.
Kita boleh fikirkan untuk:
- Mereka resepi baru jika berminat dalam bidang masakan.
- Menghasilkan buku resepi jika telah banyak menghasilkan makanan yang sedap-sedap.
- Membuat video tutorial untuk pelajar-pelajar sekolah jika kita seorang guru.
- Menghasilkan komik jika kita seorang pelukis.
- Memikirkan idea untuk memperkembangkan bakat yang ada.
- Fikir idea-idea pemasaran yang unik dan kreatif jika kita seorang agen pemasaran.
- Buat satu produk yang berkualiti jika kita seorang usahawan, jangan hanya jual produk orang saja.
- Fikirkan satu idea untuk menjadikan anak-anak lebih kreatif, bentukkan satu permainan yang menguji minda mereka. Mungkin idea anda ini boleh dijual suatu masa nanti.
Percayalah, menjadi kreatif jauh lebih baik berbanding menjadi insan yang tidak tahu menghargai akal fikiran kurniaan tuhan. Kreativiti membantu kita sedar akan keunikan diri sekaligus melahirkan rasa syukur kepada tuhan!
Nabi Muhammad adalah seorang yang kreatif. Ingat balik kisah bagaimana baginda menyelesaikan masalah ketika masyarakat bergaduh untuk mengangkat Hajarul Aswad. Baginda mencadangkan batu itu diangkat menggunakan kain yang besar yang mana setiap orang boleh mengambil bahagian untuk memegang kain tersebut dan mendapat kebaikan yang sama rata. Hebat bukan! Inilah dia pemikiran kreatif!
Semoga entri kali ini membantu anda untuk berfikiran lebih kreatif dan seterusnya berjaya menghasilkan sesuatu yang bernilai! Sekian…
0 comments:
Post a Comment