Anda pernah pakai Apple Mac? Atau teringin sangat nak pakai Mac tapi tiada ongkos? Atau anda rasa pembelian Mac tidak cukup untuk justifikasikan penggunaannya? Samalah kita.
Mac seperti yang digembar gemburkan, memang produktif dan mudah digunakan berbanding OS lain. Tetapi harganya pula tidak masuk akal! Paling murah RM 3.5k! Itu pon spesifikasi cikai. Lain-lain faktor mungkin sebab tampak hebat dan kool (kalau anda membeli sebab ini, anda memang tak cool, sebab perlukan barangan untuk menampakkan anda hebat).
Dipendekkan cerita, beberapa hari lalu, Abdusfauzi menunjukkan saya penggunaan Mac dalam produksi. Bukan apa, nak tahu jugak apa yang seronoknya Mac ni. Salah satu feature yang menarik perhatian saya adalah Expose.
Expose di Mac ni lebih kurang sama seperti menekan Alt + Tab di Windows. Walaupun siri Vista dan Windows 7 mempunyai UI baru (Aero) seperti selakkan majalah, hakikatnya ia kelihatan bodoh. Beberapa minute Google, saya temui software bernama Switcher.
Jika anda seorang yang gila produktif, Switcher inilah jawapannya. Switcher mampu menunjukkan pandangan keseluruhan pada skrin anda, membantu anda menukar software dengan lebih cekap.
Switcher boleh di download di http://insentient.net/
0 comments:
Post a Comment