Skinpress Demo Rss

Sunday, March 21, 2010

Bagaimana jika pahala diperoleh dari blog itu dapat dilihat nilainya?

Di dalam entri sebelum ini aku ada sentuh pasal blog yang memberikan informasi berguna kepada pembaca yang secara tak langsung menganugerahkan pahala kepada pemiliknya. Aku perasan ramai mereka-mereka termasuk aku yang sebut tentang buat duit dari blog tetapi bagaimana pula dengan istillah “buat pahala dari blog“.

Mungkin atas sebab nilai pahala itu tak nampak maka tak ramai yang terkejar-kejar akannya berbanding dengan RM atau USD. Tetapi sekiranya diamati betul-betul pahalalah yang akan kita bawa sekiranya persinggahan kita di planet bumi ini terhenti. Teringat kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz yang lebih kurang berbunyi begini:

“Sesetengah orang tidak berapa minat hendak cari pahala. Apa yang dia minat ialah hendak cari duit, hendak cari harta. Kepada orang-orang begini, dia kena faham bahawa pahala adalah duit “mata wang” yang sangat berguna bila kita masuk ke dalam kubur”

Bagaimana ya sekiranya nilai pahala yang diperoleh dari blog ini nampak nilainya dan boleh dilihat sebagaimana kita masuk ke akaun Paypal ataupun Clickbank? . Heh! Bangun pagi jee.. “owh semalam ada seorang hamba Allah telah mendapat manfaat dari entri aku yang ini dan pahala aku dapat sebanyak ni.. ” atau “ohoh! pahala aku dapat berganda kerana orang ini benar-benar berubah dari entri yang ini!” ( Berubahnya dia adalah atas izin Allah cuma mungkin sesuatu entri adalah as-sebab sahaja)

Huh! itu hanya jikalau tetapi hakikatnya tidak begitu kerana dengan tak nampak itulah satu motivasi kepada kita untuk membuat sesuatu perkara dengan ikhlas iaini dengan hanya mengharap redha Allah dan andai sesiapa sahaja mendapat manfaat darinya, Alhamdulillah…

Aku akhiri entri ini dengan satu lagi pesan dari Tok Guru. Ini adalah Petikan dari buku “Telaga Budi

“Sebagaimana tubuh atas dunia ni berkehendak kepada makan dan minum, maka roh juga berkehendak kepada makan dan minum. Untuk makan dan minum di dunia ini kita terpaksa menggunakan duit untuk membeli beras, petrol, Bayar sewa rumah. Tetapi duit tu tak laku lagi bila sahaja kita masuk ke dalam kubur. Duit Amerika tak laku. Jongkong emas pun tidak laku. Yang laku hanyalah PAHALA.”

0 comments:

Post a Comment