Skinpress Demo Rss

Tuesday, March 16, 2010

Cara Menghasilkan Facebook Fan Page.

Kepada mereka yang memiliki blog, personaliti tersendiri, perniagaan, peminat dan sebagainya, anda digalakkan untuk membina Page anda sendiri. Membina Page di Facebook boleh diibaratkan seperti membina komuniti dengan jenama tersendiri. Page membenarkan anda menerima ‘fan’ atau peminat tanpa had. Berbeza pula dengan profile biasa yang hanya membenarkan kita menambah sehingga 5000 rakan sahaja.

Dengan adanya Page, lebih mudah untuk para peminat, pelanggan atau sesiapa saja untuk mengikuti perkembangan anda. Facebook menawarkan pelbagai kemudahan dalam menguruskan Page. Anda boleh semak perkembangan semasa Page anda seperti peratus penambahan peminat, jantina peminat, menghantarkan update kepada semua peminat dan macam-macam lagi. Anda boleh semak di sini untuk keterangan lanjut.

Menghasilkan Facebook Page tidaklah susah sebenarnya. Namun jika tidak jumpa dengan ‘button’ untuk membina Page memang agak melecehkan. Oleh itu, kali ini saya akan tunjukkan cara menghasilkan Page dengan video tutorial di bawah. Diharap video ini dapat membantu anda memahami bagaimana caranya menghasilkan Facebook Page. Sebelum itu suka saya maklumkan kepada anda bahawa Facebook Fan Page atau Facebook Page adalah benda yang sama saja. Janganlah ada yang terkeliru pula dengan nama-nama ini. Baik, jom tengok video di bawah!

0 comments:

Post a Comment