Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Maha Pengasih Maha Penyayang.......
(bermula terbaca post-post rakan fB baik lelaki atau wanita yang cuba melahirkan ketidakpuashatiannya terhadap pasangan dengan mengenengahkan tindakan pasangan seterusnya melabel/menghukum pasangannya - apatah lagi jika jarang bersama dan masa bersama yang terhad)
Allah yang Maha Berkehendak lagi Maha Perancang; dalam keadaan saya keseorangan, menyesali apa yang pernah berlaku pada saya dan isteri, menyesali apa yang pernah saya lakukan terhadap isteri tersayang, setelah semuanya telah berlaku barulah saya menerima maklumat ini dan wajarlah untuk saya kongsikan bersama untuk kita lalui hidup suami-isteri.
Darjat wanita diangkat setelah datangnya Islam (saya tidak sentuh sangat di sini – banyak perbincangan mengenainya) sehingga adanya surah al-Nisaa’ di dalam alQuran; walaupun tidak banyak disentuh secara khusus dan terus perihal dan tanggungjawab wanita; wanita mempunyai peranan dan harus diberikan kedudukan yang penting di sisi suaminya dan masyarakat.
Sebahagian sejarah kejadian telah ditulis pada penulisan yang lepas.
Hakikat Wanita: Petikan-petikan teks/fakta utama hadis sahih yang taqdir saya diketemukan kitab Sahih Muslim yang mengandungi 4 jilid dan Fiqh Sunnah 8 jilid (terdapat di dalam Bahasa Arab dan terjemahan).
Dari sahih Muslim Hadis 61
Dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan berbanyak-banyaklah memohon keampunan kerana Aku melihat, kebanyakan isi neraka ialah kaum wanita”
seorang wanita yang cerdas lantas bertanya,
“Apakah kesalahan kami, ya Rasulullah, maka kebanyakan kami penghuni neraka?”
Jawab Rasulullah SAW
“Kaum wanita suka memaki dan mengkhianati suami. Aku tidak melihat orang yang kurang akal dan kurang agamanya yang melebihi kamu sekelian kaum wanita”
Dari sahih Muslim Hadis 2384
Dari Ibn Umar r.a, Nabi SAW bersabda
“Perumpamaan orang munafiq, seperti seekor kambing betina yang bingung mengikuti dua ekor kambing jantan. Sekali dia ingin ikut yang ini, kali yang lain dia ingin mengikut yang itu”
Dari sahih Muslim Hadis 1426
(kefahaman – hadis panjang)
Dari Jabir bin Abdullah ra.
Ketika Abu Bakar ingin masuk ke rumah Nabi didapati ramai orang di luar yang ingin berjumpa Nabi, Abu bakar dan Umar diizinkan masuk. Nabi sedang duduk dikelilingi para isterinya. Umar berseloroh untuk membuat Nabi ketawa
“Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda isteriku Binti Kharijah minta belanja kepadaku, lalu kutampar dia?”
Rasulullah ketawa mendengarnya dan berkata
“Inilah mereka mengelilingiku minta wang belanja”
Maka Abu Bakar mendapatkan Aishah dan memukul Aishah, begitu pula Umar memukul Hafsah. Rasulullah ketika itu tidak mempunyai apa untuk diberikan belanja.
Sesudah kejadian itu, Rasulullah mengasingkan diri daripada isteri-isterinya selama sebulan. Turun ayat al-Ahzab 28-29
“sesungguhnya Allah mengutusku bukanlah untuk mencari kesulitan tetapi Allah mengutusku untuk mengajar dan memudahkan”
(rujuk juga hadis 1427 – kisah nabi disusahkan isteri-isteri)
Dari sahih Muslim Hadis 1429
Ibn Abbas betanya kpd Umar mengenai 2 orang isteri Rasulullah yang keduanya disebut di dalam surah alTahrim 4 “Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong untuk menerima kebaikan” (rujuklah hingga habis)
Dari sahih Muslim Hadis 2359
Dari Usamah bin Zaid r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Sepeninggalanku, tidak ada bencana yang lebih besar bagi lelaki selain daripada wanita”
Dari sahih Muslim Hadis 2360
Dari Abu Said alKhudri r.a Nabi SAW bersabda,
“Sesungguhnya dunia itu manis, dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian kemudia Allah menunggu apa yang kamu kerjakan. Kerana itu takutilah kamu akan dunia dan takutilah wanita kerana sesungguhnya bencana Bani Israil adalah wanita”
Dalam fiqh munakahat Fiqh alSunnah
... wanita munafiq adalah wanita yang menerima lamaran kemudian meminta cerai...
Sama-sama pula kita lihat pada hadis-hadis ini:
“Orang yang paling pandai bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling pandai bersyukur kepada manusia” – muttafaq ‘alaih
“Marah adalah awal (pembuka pintu) segala keburukan”
“Marah adalah api syaitan yang menyala yang mencelakakan dan membongkar aib seseorang”
KEFAHAMAN saya:
Suami layaniilah isteri dengan baik dan isteri taatilah suami dengan baik dengan berteraskan kepada intipati yang berikut:
1. Syukur dengan jodoh yang kita terima
2. Sabar dengan kerenah jodoh yang kita terima
3. Redha dengan keadaan kita berjodoh
4. Yakinlah dengan petunjuk Tuhan (apatah lagi sebelum berjodoh meminta ditunjukkan jodoh terbaik dan Allah menunjukkannya pada istikharah kita – biarlah pernikahan itu sehingga dicabut nyawa dan Allah benci perceraian. Petunjuk dan musibah peceraian dibawa oleh iblis dan syaitan (rujuk alBaqarah 119-120 dan kisah sihir yg diajarkan kepada manusia yang memisahkan suami-isteri. Allah tidak beri petunjuk perkara yang Dia benci)
5. jika 4 (asas pada AQIDAH dan TAUHID - kalau tak kenal Tuhan macamana) di atas ini tiada macaman nak cerita yang lain. PENTINGNYA ASAS AQIDAH - awal agama mengenal Allah... ingatlah JANJI dengan Allah... (kita asyik memandang janji manusia)
6. Berkasih sayang dengan kasih sayang Allah dan bukannya kasih sayang berteraskan kasih dunia. (rujuk Fatihah)
7. ingat2lah rahmat dan hidayat Allah – sentiasa ada jalan perdamaian bila kita bertaqwa dan bertawakal (rujuk ayat 1000 dinar)
8. sama-sama berubah kepada keadaan yang lebih baik terutamanya pada AQIDAH & TAUHID (paling utama)
SUAMI sebagai suami saya mestilah:
1. yakin di jiwa bahawa Allah Tuhan; bukan duit dan tundukkanlah nafsu kebendaan
2. didik isteri dengan ilmu Allah bukan ilmu manusia;gagal kita - gagallah rumahtangga
3. berikan isteri kasih sayang yang Allah berikan bukan kasih sayang kebendaan
(isteri saya keguguran ketika saya tiada di sisinya dan sehingga hari ini selera saya tertutup sekiranya ada bersama hidangan pajeri nenas walhal pajeri nenas adalah makanan kegemaran saya sebelum itu; kemewahan dan keduniaan jika salah ilmu- menjahanamkan)
4. buat apa Allah suruh; secara tak langsung teladan kepada isteri, jangan menyesal kemudian hari bak kata Nabil... LU PIKIR LA SENDIRI
5. maafi dan bertolak ansur atas kesalahan isteri tersayang lagi dimanjakan
6. kalau dah cari salah isteri maknanya, aku masalah
ISTERI sebagai isteri
1. terimalah hakikat daripada kenyataan Rasulullah sendiri mengenai perkara ini; takut kita berasul kepada utusan yang berbeza dan kita menyembah Tuhan yang berbeza.
2. yakinlah dengan ilmu Allah bukan ilmu akal dan ilmu prasangka
3. tak perlu cari kesalahan suami – Allah Maha Hakim kan? biarlah Allah yang hukum
4. hormatilah suami – “jika manusia boleh disembah akan aku suruh isteri sujud kepada suami” (hadis)
5. berikan suami kasih sayang yang Allah berikan bukan sayang suami kerana kebendaan
6. maafi dan bertolak ansur atas kesalahan suami yang menyayangi dan usahlah menjadikan diri bencana kepada suami; bersama memudahkan (Nabi tak berbohong)
Rujuk juga Sahih Bukhari hadis 2232: perihal pendustaan - dapatkan sendiri takut di salah guna untuk kepentingan nafsu dan diri sendiri.
Kisah dan Teladan
Isteri yang taat
Isteri Nabi Ayub
Isteri Fir’aun
Isteri derhaka
Isteri nabi Lut
(rujuk Quran)
saya tidak mempercayai tulisan barat berkaitan berpasangan kerana apa yang saya nampak adalah kesesatan yang berdasar akal; sedang dapat difaham dari alQuran pemaknaan kebodohan adalah menolak petunjuk Allah dan memilih kesesatan. Rujuk makna jahiliyah itu sendiri...
Wanita perlukan bimbingan bukan pemaksaan (kesilapan aku satu ketika dahulu)
“Wanita itu bengkok (dari rusuk yang bengkok) jika diluruskan ia akan patah, jika kamu senang ia begitu dan dibiarkan ia akan terus bengkok” (rujuk Hadis)
sayangilah isteri seadanya... isteri sayangilah suami seadanya... bertolak ansurlah... saling memaafi bukan marah dan membenci... banyak pertikaian banyaklah penipuan, banyak persoalan banyaklah alasan... (apabila Allah ditolak, kaedah hukum dicari sebagai alasan untuk menambah penyakit hati - rujuk awal alBaqarah)
bawak-bawaklah cerita Tuhan ketika bersama, di situ aku selalu bahagia; selalu teringat solat bersama wajah isteriku ceria, kubacakan Kalam isteri berbaring di riba... namun dugaan dan ujian tetap ada... semakin hampir kepada Allah semakin besar ujian menimpa...
bicara aku untuk aku yang merindu.... terima kasih
Allah Maha Benar Maha Bijaksana ........ Tiada Tuhan selain Allah
Rasululllah tidak menipu membohong..... Muhammad bin Abdullah utusan Allah
menunggu berita dari singapura....