Skinpress Demo Rss

Sunday, March 14, 2010

Adakah Kita Sedang Menyertai Program Buat Duit Yang Haram?

assalamualaikum…

Saya telah di hantar sebuah poster mengenai cara2 membuat duit di internet.Sejak kebelakangan ini terlalu ramai yang mendaftarkan diri untuk membuat duit di internet dan terdapat juga kawan2 di FACEBOOK yang mengunakan juga!Saya juga gembira kerana mereka dapat mencari rezeki masing2!

Namun adakah program yang disertai itu disahkan oleh majlis fatwa kebangsaan? Atau dengan kata lainnya adakah ia HALAL?

Berbeza pula dgn program buat duit yang yg amat hebat pengaruhnya di FB sekarang. Hampir semua peserta mendapat pulangan wang.Persoalannya, adakah progam itu sah dari segi undang2 dan HALAL dari segi syarak?

Ramai yg salah tanggapan bahawa apabila menyertai program buat duit yang dapat menjana keuntungan itu adalah program yg sah. MENDAPAT PULANGAN WANG @ KEUNTUNGAN TIDAK MENJAMIN PROGRAM ITU SAH @ HALAL!

Selama ini mereka menjana keuntungan dengan apa? Dari mana datangnya WANG yang menjadi sebutan mereka itu? Adakah dari PENJUALAN PRODUK? ATAU DARI KEMASUKAN AHLI?

Mungkin terdapat produk yg disertakan bersama apabila mereka membayar yuran AHLI. TETAPI ADAKAH MEREKA MASUK KERANA MAHU MEMBELI PRODUK ATAU MAHU MENJANA WANG SEMATA-MATA DENGAN MEREKRUK AHLI BARU?

FIKIR BETUL-BETUL! KERANA DI SITU TERLETAK DUA PERBEZAAN YANG AMAT KETARA DI MANA SATU DARIPADANYA HALAL DAN SATU LAGI HARAM!

Saya mahu tanya anda, LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100 adalah satu iklan PENJUALAN PRODUK @ SISTEM MANIPULASI WANG?

Jika ia merupakan SISTEM MANIPULASI WANG, APAKAH YANG SEDANG ANDA JUAL? ADAKAH BERLAKU AKAD JUAL BELI YANG SAH? ADAKAH ANDA SEDANG MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN KEMASUKAN AHLI-AHLI BARU? JIKA BENAR, IA TIDAK SAH DI SISI SYARAK!

Mungkin saya bukanlah orang yang tepat dalam MENJATUHKAN HUKUM, namun KENYATAAN SAYA JELAS DARI HUKUM YG DIKELUARKAN OLEH MAJLIS FATWA AL-LAJNAH AD-DAIMAH ARAB SAUDI NO 15/192-193.

Saya tidak kata HUKUM INI UNTUK PRORAM “LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100″ semata-mata, TETAPI IA TERMASUKLAH PROGRAM-PROGRAM LAIN YANG SEUMPAMANYA!

JIKA ANDA MENYERTAI SALAH SATU DARIPADANYA, ANDA TAHU APAKAH SISTEM YANG DIGUNAKAN DAN ANDA BOLEH BUAT PENILAIAN SENDIRI YANG LEBIH TEPAT!

Namun, sebelum membuat penilaian, LENGKAPKANLAH DIRI DGN ILMU BERKAITAN HAL-HAL TERSEBUT DAN SEGALA HUKUM BERKAITAN DENGANNYA!

Saya tahu ada dikalangan kita DAPAT MENJANA KEUNTUNGAN RIBUAN RINGGIT, namun apakah faedahnya jika ia adalah hasil yang TIDAK SAH?

Renungkan kembali, kadang2 kita suka cara yg mudah untuk mendapatkan wang sehingga kita lupa untuk membuat kaji selidik dan penilaian berdasarkan Al-Quran dan hadis atau fatwa NYATA yang telah disepakat oleh para ulamak seluruh dunia.

Samada dari sudut PESERTA mahu pun PENCIPTA proram, semak balik sistem yang sedang anda gunakan. Saya JELAS dengan sistem seumpama ini kerana PERNAH TERLIBAT MENGHASILKANNYA SUATU MASA DAHULU. Namun ia gagal dilancarkan kerana sedar ia tidak sah di sisi syarak selepas membuat rujukan dgn mereka yg bertanggungjawab!

Mungkin penerangan saya tidak begitu detail untuk dijadikan pegangan, bagaimanapun anda boleh semak keterangan panjang lebar yang jelas dikeluarkan oleh Ustaz Zaharuddin dalam blog beliau: http://www.zaharuddin.net

ARTIKEL : Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100. Penilaian dan pendapat oleh Ustaz Zaharuddin.

Semoga perkongsian maklumat ini menjadi panduan kepada kita semua untuk menilai kembali rezeki yang sedang kita cari. Jangan melenting dan melihat pesanan ini dari sudut negatif, jika saya SALAH, saya mohon maaf.

Namun jika saya BETUL, saya rasa amat bersalah jika tidak kongsikan maklumat ini dengan anda semua, sahabat seagama saya.

0 comments:

Post a Comment