Hari ini adalah 31/12/2009 dan merupakan hari terakhir untuk tahun 2009. Esok kita akan melangkah ke tahun baru yang semestinya mempunyai corak yang berbeza dengan tahun-tahun yang sudah. Melangkah ke tahun baru dengan azam yang baru, rancangan baru, kalau budak2 sekolah pulak, memang banyak pakaian dan alat tulis baru.
Orang berazam, kita berazam, orang merancang, kita pun merancang, tapi kadang-kadang tu orang berjaya, kita tak pulak berjaya cam diorang! Ada saja yang tak kena…huhu..
Berbalik kita kepada tajuk artikel ini, tahun 2010 adalah tahun apa? Usah peduli maksud tahun 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan atau kalendar, tapi apakah maksud tahun 2010 kepada anda? Adakah ia memberi maksud yang begitu bermakna? Atau anda masih samar-samar dan tidak tahu apa bezanya tahun 2010?
Sebenarnya setiap tahun kita perlu menetapkan apakah ‘Motto’ atau pencapaian yang kita inginkan. Saya berikan contoh Motto tahunan yang saya buat untuk diri sendiri:
Tahun 2008 -
Tahun untuk Belajar Cara Belajar
Tahun 2009 –
Tahun untuk Memimpin Diri Sendiri & Merobohkan Sempadan Kejayaan
Tahun 2010 -
Tahun untuk Mencapai Kejayaan
Itu adalah rancangan 3 tahun yang telah saya jadualkan untuk diri sendiri. Sehingga hari ini, Alhamdulillah bibit-bibit kejayaan yang dirancang untuk tahun 2010 sudah mula menampakkan diri! YA! Tahun 2010 adalah tahun kejayaan bagi saya! Sebenarnya saya bukan merancang laluan 3 tahun itu bermula dari tahun 2008, tetapi saya telah bermula 3-4 tahun sebelum itu. Disebabkan itu, pada 3 tahun terakhir ini, perjalanan dalam perjuangan saya semakin lancar. Syukurlah…
Saya amat yakin dan pasti, anda juga mempunyai rancangan kejayaan tersendiri. Namun ada sesetengah daripada kita tidak merancang dengan baik. Jika mahu berjaya, buat sebuah jadual tahunan, bulanan dan harian yang teliti, logik dan fleksible!
Oleh sebab anda telah membaca rancangan tahunan saya dan tahu apakah maksud tahun 2010 kepada saya, saya ingin bertanya kepada anda sekali lagi,
Tahun 2010 adalah tahun apa untuk anda?
Usah tergopoh-gapah jika baru hendak bermula. Rancangan tahunan anda semestinya tidak sama dengan orang lain. Jika esok adalah hari pertama anda ingin menetapkan rancangan tahunan, mulakan ia dengan tahun untuk anda belajar atau mengumpul maklumat. Jika anda telah bersedia, saya berikan sebuah jadual harian untuk anda gunakan sebagai rancangan harian anda!
Rancangan Harian
| Bil | Utama | Tugasan | Masa | Siap |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
6 Prinsip Pengurusan Masa
- Tulis rancangan harian setiap hari
- Senaraikan matlamat dan tetapkan keutamaan : A, B, C, D
- Buat perkara ‘A’ dahulu!
- Guna kertas ini hanya sekali (kerja hari ni siap hari ini)
- Lakukan SEKARANG!
- Tanya diri sendiri, “Apakah perkara yang aku buat sekarang adalah perkara yang paling perlu aku buat sekarang!”
Pada bahagian ‘Utama’ letakkan keutamaan kerja yang anda lakukan. Jika kerja paling penting letakkan A, penting-B, sederhana penting- C dan begitulah seterusnya. Mulakan dengan melakukan kerja-kerja utama iaitu A.
Tulis rancangan harian ini setiap hari sebelum anda tidur. Jangan tangguh dan jangan beri alasan! lakukan sekarang!
Semoga berjaya melaksanakan rancangan harian anda dengan sempurna. Kejayaan merancang dan menjadualkan rancangan harian anda dengan baik membantu anda merancang rancangan bulanan dan tahunan dengan lebih sempurna!
0 comments:
Post a Comment