Skinpress Demo Rss

Sunday, March 21, 2010

Sudahkah Blog anda diwasiatkan..?

Pernahkah ada terdetik dihati kita andainya ajal menemui kita pada esok hari ataupun sebentar lagi siapa yang akan menyambung usaha menulis entry seterusnya di blog kepunyaan kita ataupun blog tersebut akan terus mati juga sepertimana tuannya..?

Tiada kemaskini dan tiada siapa yang tahu ‘username’ serta katakuncinya maka akhirnya blog tersebut terus lenyap apabila jangka hayat hosting dan domainnya telah tamat tanpa diperbaharui. Paling mengharukan tiada satu pun pembaca blog yang tahu bahawa kita sebenarnya sudah tiada di dunia ini. huh!

Dari itu wujud suatu persoalan sudahkah ianya diwasiatkan dan perlukah blog juga diwasiatkan. Maksud aku diberi tanggungjawab kepada sesiapa untuk memberi kesinambungan kepada mesej-mesej baik yang telah disampaikan oleh sesuatu blog sebelum itu. Secara tak langsung selagi blog itu tidak mati maka segala informasi dan nasihat berguna dari blog tersebut yang dapat digunapakai oleh pembaca boleh menjadi satu Amal Jariah kepada bekas pemilik blog walau mereka tidak ada lagi di dunia ini.

Ini adalah sisi baik bagi pemilik blog yang gunakan blog mereka pada jalan kebaikkan dalam usaha memberi input dan kesedaran kepada pembaca. Bagaimana pula pemilik-pemilik blog yang menghiasi blog mereka dengan kisah-kisah fitnah serta gambar-gambar yang tak sesuai untuk ditatap?. Blog tentang artis contohnya. Apakah faedah yang akan diperolehi dari blog-blog sebegini yang selalunya menjadi medan keji-mengeji para pembacanya seterusnya mampu memberi kesan berterusan kepada pemiliknya walaupun telah mati. Adakah sesiapa yang sanggup mewarisi blog-blog sebegini yang hanya memberikan maksiat jariah kepada bekas pemiliknya??

Berbalik kepada persoalan asal.. sudahkah blog anda diwasiatkan? untuk blog aku secara jujur tiada orang terdekat yang tahu tentang kata kunci untuk memasuki ‘dashboard’ blog ini. Andai kata hayat aku tak panjang mungkin juga blog ini akan terkubur kerana tiada siapa yang aku pertanggungjawabkan untuk meneruskan usaha aku. huhu..

Bagaimana pula sekiranya blog-blog yang pemiliknya telah tiada tetapi ianya hidup seperti biasa dan punyai entri-entri menarik saban hari?. Siapa pula yang meneruskan usaha si mati tu yek?? heh!

Tuhan punya kuasa.. apa-apa pun boleh jadikan..

0 comments:

Post a Comment